Friday, November 6, 2009

Biar ber-Adab, Bukan Biadap. Biar beradat bukan Khianat

Mesyuarat Agung Luarbiasa yang diadakan baru-baru ini jelas menunjukkan perbezaan antara kebenaran dan kebatilan. Sungguh beruntung bagi mereka yang masih celik, reti membezakan yang mana hak dan yang mana batil. Bersyukurlah, kerana perjuangan ini masih bernyawa, dan diredhai oleh Allah. Kendatipun, masih terdapat segelintir pihak yang mendakwa mereka golongan yang 'sedikit', yang berjuang atas nama 'mempertahankan' Tuan Haji Ishak Itam. Tapi, segalanya jelas, mereka ini berjuang atas nama jiwa dan hak diri sendiri. Sedangkan memijak rumah Tuan Haji Ishak bin Itam pun dihalau, masih mengaku akan mereka lah yang mempertahankan beliau. Tok Ayah yakin, ahli-ahli Silat Cekak semuanya Jelas dan Kenal benar siapa mereka ini.
Pesan tok ayah,

" Biar berAdab, bukan Biadap..Biar beradat, bukan khianat"

Dek ilmu yang meninggi langit (alam syahadah kot), mereka lupa akan tanah yang mereka pijak hari demi hari, itulah tempat yang akan kita kembali . Sedangkan guru mendidik kita, semakin hari semakin beradab, tapi mereka semakin hari semakin biadap.

"Biarkanlah si luncai terjun bersama labu-labunya"

-TOK AYAH