Saturday, April 3, 2010

Bersama Bersatu

"Bersama bersatu!"

Begitulah tema perjuangan yang di seru oleh YM Datuk Haji Maideen bin Kadir Shah kepada kita, ahli-ahli PSSCM khususnya. Dari manakah datangnya slogan ini? Sudah tentunya datang dari suatu kumpulan, yang dahulunya memimpin PSSCM cawangan Selangor. Begitulah tinggi komited AJK Cawangan Selangor ini dahulu, sehinggakan baru-baru ini, mereka telah di berikan penghormatan oleh ahli-ahli yang hadir pada Mesyuarat Agung Cawangan Selangor, dengan undi tak percaya. Mesej yang nak disampaikan oleh ahli-ahli? Mudah sahaja...duk la rehat-rehat..hangpa semua da penat..banyak kerja hangpa dah buat untuk ahli-ahli selangor. takpa-takpa..duduk saja..rehat..tok ayah dengar khabar, ramai sungguh ahli-ahli yang hadir(bukan budak-budak sekolah) pada hari tu. Sungguh ka? Betul..sampai tok ayah dengar, buat pertama kali ramai orang nak pegi mesyuarat agung selangor..alhamdulillah..inilah tanda nya ahli-ahli selangor masih mempunyai akal yang waras untuk menilai kebenaran. Sesungguhnya allah itu maha pengasih..pasti akan diberi taufiknya untuk memandu akal bagi membuat keputusan. Maka itulah keputusan yang wajar, kerna ianya tidak bersangkut dengan emosi dan nafsu, malah Guru di jadikan contoh dalam hidup. Tahniah tok ayah ucapkan..mungkin sudah terlewat... yang penting...
"pastikan yang Original..."


Sunday, March 21, 2010

Sapa yang temberang?





"Sudah terang lagikan bersuluh
"

Selamatkan Pak Ak? Datuk Maideen bohong?
Sapa yang pendusta sebenarnya?
Tok ayah yakin..ahli-ahli bijak menilai..

sekian

Sunday, March 14, 2010

Sekilas Ikan di Air, sudah ku tahu, Jantan ke Betina

Assalamualaikum..
sudah agak lama tok ayah menyepi..kerana tok ayah ingin melihat sendiri perkembangan persatuan dari luar. Ini kerana tok ayah amat yakin, bahawa apabila datang kebenaran, maka akan terhapuslah kebatilan. Hanya pada baru-baru nie, tok ayah tersentak. Kerana rupa-rupanya, puak-puak yang tidak berpuas hati dengan YM Datuk Haji Maideen, telah membuat satu gerakan. Pada mereka, ini perjuangan yang harus mereka tegakkan.


"Selamatkan YM Tuan Haji Ishak bin Itam..."

Itulah slogan panji-panji puak-puak munafik nie. Kenapa tok ayah kata munafik? kerana rata-rata mereka ini sudah menerima Datuk, tetapi akhirnya mereka khianat. Beginilah yang terjadi pada zaman para khalifah rasyidin, yang mana selepas wafatnya Rasulullah,golongan ini berpaling tadah. Apa yang tak kena dengan Tuan Haji Ishak, sehingga perlu diselamatkan? Sejak bila Datuk telah memberi mudarat pada beliau? Sedangkan Datuk menyambung tugas beliau, kerana ini merupakan amanah yang beliau berikan pada Datuk. Begitulah nilainya yang mereka ini pandang pada Tn Hj Ishak.Inikah yang dikatakan anak-anak murid? Sebenarnya mereka ni bukan khianat pada Datuk, tapi mereka khianat pada Tn Hj Ishak sendiri, kerana penyerahan amanah itu datang dari beliau. Orang macam ni ke yang kita nak ikut? Apabila amanah guru mereka ingkar, maka seluruh ilmu mereka Allah tarik. Akhirnya buta tak bertali. Maka bertalikan guru syaitan. Pesan Datuk:

"Biaq pi kat depa tu..biaq depa kenai tuhan.."

Sedangkan mereka hina dan caci Datuk, tapi Doa pulak yang Datuk hadiahkan untuk mereka nie. Tak nak lagi? Jangan kita masuk dalam golongan yang rugi..bersabarlah..pesan Tok Ayah pada semua ahli..bersabarlah..Yakinlah pada Allah

-tok ayah