Saturday, April 3, 2010

Bersama Bersatu

"Bersama bersatu!"

Begitulah tema perjuangan yang di seru oleh YM Datuk Haji Maideen bin Kadir Shah kepada kita, ahli-ahli PSSCM khususnya. Dari manakah datangnya slogan ini? Sudah tentunya datang dari suatu kumpulan, yang dahulunya memimpin PSSCM cawangan Selangor. Begitulah tinggi komited AJK Cawangan Selangor ini dahulu, sehinggakan baru-baru ini, mereka telah di berikan penghormatan oleh ahli-ahli yang hadir pada Mesyuarat Agung Cawangan Selangor, dengan undi tak percaya. Mesej yang nak disampaikan oleh ahli-ahli? Mudah sahaja...duk la rehat-rehat..hangpa semua da penat..banyak kerja hangpa dah buat untuk ahli-ahli selangor. takpa-takpa..duduk saja..rehat..tok ayah dengar khabar, ramai sungguh ahli-ahli yang hadir(bukan budak-budak sekolah) pada hari tu. Sungguh ka? Betul..sampai tok ayah dengar, buat pertama kali ramai orang nak pegi mesyuarat agung selangor..alhamdulillah..inilah tanda nya ahli-ahli selangor masih mempunyai akal yang waras untuk menilai kebenaran. Sesungguhnya allah itu maha pengasih..pasti akan diberi taufiknya untuk memandu akal bagi membuat keputusan. Maka itulah keputusan yang wajar, kerna ianya tidak bersangkut dengan emosi dan nafsu, malah Guru di jadikan contoh dalam hidup. Tahniah tok ayah ucapkan..mungkin sudah terlewat... yang penting...
"pastikan yang Original..."


Sunday, March 21, 2010

Sapa yang temberang?

video



"Sudah terang lagikan bersuluh
"

Selamatkan Pak Ak? Datuk Maideen bohong?
Sapa yang pendusta sebenarnya?
Tok ayah yakin..ahli-ahli bijak menilai..

sekian

Sunday, March 14, 2010

Sekilas Ikan di Air, sudah ku tahu, Jantan ke Betina

Assalamualaikum..
sudah agak lama tok ayah menyepi..kerana tok ayah ingin melihat sendiri perkembangan persatuan dari luar. Ini kerana tok ayah amat yakin, bahawa apabila datang kebenaran, maka akan terhapuslah kebatilan. Hanya pada baru-baru nie, tok ayah tersentak. Kerana rupa-rupanya, puak-puak yang tidak berpuas hati dengan YM Datuk Haji Maideen, telah membuat satu gerakan. Pada mereka, ini perjuangan yang harus mereka tegakkan.


"Selamatkan YM Tuan Haji Ishak bin Itam..."

Itulah slogan panji-panji puak-puak munafik nie. Kenapa tok ayah kata munafik? kerana rata-rata mereka ini sudah menerima Datuk, tetapi akhirnya mereka khianat. Beginilah yang terjadi pada zaman para khalifah rasyidin, yang mana selepas wafatnya Rasulullah,golongan ini berpaling tadah. Apa yang tak kena dengan Tuan Haji Ishak, sehingga perlu diselamatkan? Sejak bila Datuk telah memberi mudarat pada beliau? Sedangkan Datuk menyambung tugas beliau, kerana ini merupakan amanah yang beliau berikan pada Datuk. Begitulah nilainya yang mereka ini pandang pada Tn Hj Ishak.Inikah yang dikatakan anak-anak murid? Sebenarnya mereka ni bukan khianat pada Datuk, tapi mereka khianat pada Tn Hj Ishak sendiri, kerana penyerahan amanah itu datang dari beliau. Orang macam ni ke yang kita nak ikut? Apabila amanah guru mereka ingkar, maka seluruh ilmu mereka Allah tarik. Akhirnya buta tak bertali. Maka bertalikan guru syaitan. Pesan Datuk:

"Biaq pi kat depa tu..biaq depa kenai tuhan.."

Sedangkan mereka hina dan caci Datuk, tapi Doa pulak yang Datuk hadiahkan untuk mereka nie. Tak nak lagi? Jangan kita masuk dalam golongan yang rugi..bersabarlah..pesan Tok Ayah pada semua ahli..bersabarlah..Yakinlah pada Allah

-tok ayah

Friday, November 6, 2009

Biar ber-Adab, Bukan Biadap. Biar beradat bukan Khianat

Mesyuarat Agung Luarbiasa yang diadakan baru-baru ini jelas menunjukkan perbezaan antara kebenaran dan kebatilan. Sungguh beruntung bagi mereka yang masih celik, reti membezakan yang mana hak dan yang mana batil. Bersyukurlah, kerana perjuangan ini masih bernyawa, dan diredhai oleh Allah. Kendatipun, masih terdapat segelintir pihak yang mendakwa mereka golongan yang 'sedikit', yang berjuang atas nama 'mempertahankan' Tuan Haji Ishak Itam. Tapi, segalanya jelas, mereka ini berjuang atas nama jiwa dan hak diri sendiri. Sedangkan memijak rumah Tuan Haji Ishak bin Itam pun dihalau, masih mengaku akan mereka lah yang mempertahankan beliau. Tok Ayah yakin, ahli-ahli Silat Cekak semuanya Jelas dan Kenal benar siapa mereka ini.
Pesan tok ayah,

" Biar berAdab, bukan Biadap..Biar beradat, bukan khianat"

Dek ilmu yang meninggi langit (alam syahadah kot), mereka lupa akan tanah yang mereka pijak hari demi hari, itulah tempat yang akan kita kembali . Sedangkan guru mendidik kita, semakin hari semakin beradab, tapi mereka semakin hari semakin biadap.

"Biarkanlah si luncai terjun bersama labu-labunya"

-TOK AYAH

Friday, October 30, 2009

Benarkah apa yang didakwa?

Telah terbaca akan tok ayah,satu blog yang bertujuan untuk menyatakan kebenaran yang telah mereka dakwa berkenaan isu peralihan kepimpinan yang melanda PSSCM kini. Tak perlu untuk tok ayah nyatakan blog yang menulis kenyataan beserta video nie. Cukuplah sekadar tok ayah menjawab segala dakwaan yang telah mereka dakwa sebagai 'kebenaran' untuk tatapan cucunda sekalian. Tok ayah harap cucunda sekalian celik untuk menilai perkara-perkara yang sebenarnya terjadi.

1) Amanat yang tergenggam kemas
Mereka mendakwa video yang telah mereka kumpul, merupakan bukti kebenaran kata-kata Tuan Haji Ishak Itam pada tahun 2004 tersebut. Kenapa mereka tidak merujuk kata-kata Tuan Haji Ishak Itam dalam video yang di tontonkan kepada ahli-ahli baru-baru nie? Bukankah Tuan Haji Ishak Itam juga ada dalam rakaman tersebut?

2) Dengar dengan telinga, tengok dengan mata? Lepas tu? Siar dalam blog?kenapa tak disiarkan kata-kata Tuan Haji Ishak Itam yang baru-baru nie?

3)Tayangan video membuktikan kebenaran "aku pengganti".
Memang benar..tayangan video yang disiarkan itu membukti kebenaran. Dakwa mereka yang tidak sedikit pun Tuan Haji Ishak Itam menyebut nama pengganti beliau.Tetapi, kenapa tak disiarkan kata-kata pak ak di bawah nie?
" Apa yang saya faham pada malam nie, dan saya ingin berkongsi dengan kawan-kawan, Guru Utama dan Presiden ialah Datuk Haji Maideen, tapi guru kami tetap Pak Ak".
Apa yang Tuan Haji Ishak jawab?
" Tak boleh macam tu..cakap mmg boleh..tapi hakikatnya tak boleh. Yang ni bukan Hak kita tau.."

4) Tak pernah cakap bohong?
Tok Ayah rasa bab nie tak perlu tok ayah jawab..sebab cucunda semua lebih arif dan mengenali peribadi Datuk Haji Maideen yang sebenar..bagi yang tak kenal, carilah peluang untuk mengenali beliau.

5)Watak sama, plot sama, pelakon baru.
Dakwa mereka dalam blog tersebut:
" Cara mereka sama sahaja, dengan menggunakan video tape, rakaman, surat serahan dan sebagainya."
Apa mereka tu tak sebar video ke? Sekurang-kurang nya video yang ditunjukkan oleh AJK Pusat melalui saluran yang betul, dan hanya terbatas pada ahli-ahli. Bukan di internet, dan disebarkan sewenang-wenangnya. Inikah yang dikatakan kasih pada Silat Cekak nie?

6) Isyarat untuk bertindak
Dakwanya mereka mendapat amanah dari Tuan Haji Ishak Itam dan dakwa mereka lagi, video yang ditayangkan tersebut berat sebelah. Amanah apa yang mereka dapat? Untuk menidakkan penyerahan mandat yang diterima oleh Datuk Hj Maideen? Tahukah kita, Datuk Maideen pernah mengadakan majlis ijazah di kediaman Tuan Haji Ishak bin Itam? Sedangkan tidak ada sepatah kata pun dari beliau untuk menidakkan majlis yang Datuk Maideen jalankan tu. Siap ada majlis Hari Raya bersama lagi. Adakah ini yang dikatakan rampasan kuasa?mereka juga mendakwa Datuk Maideen zalim. Beginikah cara untuk menegakkan kebenaran yang sebenar? sehingga boleh melabelkan seseorang itu zalim?

7)Ada yang masih sangsi?
Petikan kenyataan mereka:
" Sesiapa pun boleh jadi Guru Utama Silat Cekak, tetapi bukan melalui caranya yang pelik dan tidak betul bak rampasan kuasa seperti yang berlaku hari ini".
Cara apa yang pelik? Bukankah Tuan Haji Ishak sendiri memberi amanat dalam video tersebut? dan bukan sahaja AJK Pusat saja yang dapat..bahkan ahli-ahli yang menziarahi beliau juga ada yang telah mendengar dari mulut Tuan Haji Ishak bin Itam. Tidak betul? Tidak betul mengikut acuan sapa? Mereka? Rampasan kuasa? Masa bila?
Agak tok ayah, mata mereka ni kabur..sebab tak nampak dalam video tu kot. Sebenarnya ahli-ahli seluruh negara semua tak sangsi. Yang sangsi cuma mereka saja.

8) YM Tuan Haji Ishak Itam kasih pada ahli-ahli PSSCM.
Kerana kasih pada kita semualah Tuan Haji Ishak bin Itam menamakan pengganti beliau di saat beliau masih hidup. Sepatutnya kita ni menadah tangan bersyukur kerana Allah telah menjadikan segalanya ni mudah..tak macam yang berlaku zaman Ustaz Hanafi dulu.

Cukup setakat ini dulu Tok Ayah lampirkan...
Tunggu lagi di masa akan datang.

Tok Ayah

Tuesday, October 27, 2009

Hati - hati yang kecewa

" Ya muqallibal qulub..tsabbit qulubana ala deenik"

Wahai tuhan yang memiliki sekelian hati..tetapkan hati ini di jalan perjuangan ini...Agak lama tok ayah tidak menulis untuk tatapan cucunda sekalian. Lantaran keadaan yang tidak menentu kini, tok ayah memilih untuk melihat dahulu apa yang bakal terjadi. Cuma tok ayah heran..Bagaimanakah ketinggian ilmu yang ada pada si polan dan si polan, boleh menjadikan ia semakin jauh dari kebenaran? Sedangkan berpenat lelah guru mendidik kita untuk menjadi INSAN. tapi akhirnya kita menjadi INSANE. Kenapa begitu? Adakah salah guru yang mendidik? Ataupun salah ilmu yang diberikan? Sehinggakan dihalau dengan penyapu pun masih tak sedar? Tok ayah melihat kepada cermin diri (bukan mangkuk ajaib, takut-takut nanti jadi mangkuk hayun), rupa-rupanya terlihat tok ayah akan kelemahan diri sendiri. Benarlah firman Allah dalam surah Al-tin:

"Sesungguhnya kami jadikan manusia dalam sebaik-baik kejadian (4)
Kemudian (jika ia panjang umur sehingga tua atau menyalahgunakan kelengkapan itu) kami kembalikan ia kepada serendah-rendah peringkat orang-orang yang rendah (5)
Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, maka mereka memperolehi ganjaran pahala yang tidak putus-putus (6)"

Rupa-rupanya bukan title yang menentukan kita ni dekat atau jauh dengan tuhan. Hatta ustaz, mejar,komander, atau pun pangkat yang tinggi sekalipun tidak menentukan penghujung jalan ini. Maka datanglah rasa rendah diri dan segan atas kelemahan diri sendiri..benarlah apa yang dipesan oleh guru-guru kita, semakin berisi semakin tunduk. Berdoalah pada Dia yang memiliki hati, agar ditetapkan hati dalam perjuangan ini.

Tok Ayah

Wednesday, October 14, 2009

Tok Moh = ROSLIZAN

Cucunda..

Sering kita di bingitkan dengan kehadiran Tok Moh, yang tiba-tiba muncul dalam dunia siber nie. Siapa sebenar Tok Moh nie? Tak perlulah tok ayah nak tenung pada mangkuk ajaib..siapa Tok Moh ni. Sebab mudah sangat nak dikesan. Kenapa? Cuba diperhati betul2..

"Jadi TokMoh tertunggu-tunggu apa yang Tok Ayah nak bongkarkan pasal Si Roslizan yang dah lari keluar mungkin kerana malu"

kenapa Tok Moh nak tunggu lak? Apa hubungan Tok Moh dengan Roslizan nie? Kenapa Roslizan nak malu pulak? sedangkan tok moh sendiri yang cakap..

"Mungkin jugak apa yang Tok Ayah kata tu betul.."

Jawapannya mudah..sebab apa? Tok Moh tu sebenarnya ROSLIZAN. Sudahlah tu Roslizan..janganlah nak dibohong lagi..sudah lah guru sendiri dibohong..ahli-ahli pun nak dibohong..janganlah pura-pura lagi ROSLIZAN. Jangan sembunyi di balik cengkerang Kura-Kura kalau diri dah jadi biawak. Tok ayah tahu tok moh tu Roslizan, orang yang gila talak dengan isteri-isterinya dan PSSCM. Tak perlu tgk mangkuk ajaib pun, cukup sekadar Tok Ayah tenung dari "alam syahadah"...


" Saya dah mufaraqah"

Kata dah mufaraqah..apa nak sibuk2 lagi?


Tok Ayah