Friday, October 30, 2009

Benarkah apa yang didakwa?

Telah terbaca akan tok ayah,satu blog yang bertujuan untuk menyatakan kebenaran yang telah mereka dakwa berkenaan isu peralihan kepimpinan yang melanda PSSCM kini. Tak perlu untuk tok ayah nyatakan blog yang menulis kenyataan beserta video nie. Cukuplah sekadar tok ayah menjawab segala dakwaan yang telah mereka dakwa sebagai 'kebenaran' untuk tatapan cucunda sekalian. Tok ayah harap cucunda sekalian celik untuk menilai perkara-perkara yang sebenarnya terjadi.

1) Amanat yang tergenggam kemas
Mereka mendakwa video yang telah mereka kumpul, merupakan bukti kebenaran kata-kata Tuan Haji Ishak Itam pada tahun 2004 tersebut. Kenapa mereka tidak merujuk kata-kata Tuan Haji Ishak Itam dalam video yang di tontonkan kepada ahli-ahli baru-baru nie? Bukankah Tuan Haji Ishak Itam juga ada dalam rakaman tersebut?

2) Dengar dengan telinga, tengok dengan mata? Lepas tu? Siar dalam blog?kenapa tak disiarkan kata-kata Tuan Haji Ishak Itam yang baru-baru nie?

3)Tayangan video membuktikan kebenaran "aku pengganti".
Memang benar..tayangan video yang disiarkan itu membukti kebenaran. Dakwa mereka yang tidak sedikit pun Tuan Haji Ishak Itam menyebut nama pengganti beliau.Tetapi, kenapa tak disiarkan kata-kata pak ak di bawah nie?
" Apa yang saya faham pada malam nie, dan saya ingin berkongsi dengan kawan-kawan, Guru Utama dan Presiden ialah Datuk Haji Maideen, tapi guru kami tetap Pak Ak".
Apa yang Tuan Haji Ishak jawab?
" Tak boleh macam tu..cakap mmg boleh..tapi hakikatnya tak boleh. Yang ni bukan Hak kita tau.."

4) Tak pernah cakap bohong?
Tok Ayah rasa bab nie tak perlu tok ayah jawab..sebab cucunda semua lebih arif dan mengenali peribadi Datuk Haji Maideen yang sebenar..bagi yang tak kenal, carilah peluang untuk mengenali beliau.

5)Watak sama, plot sama, pelakon baru.
Dakwa mereka dalam blog tersebut:
" Cara mereka sama sahaja, dengan menggunakan video tape, rakaman, surat serahan dan sebagainya."
Apa mereka tu tak sebar video ke? Sekurang-kurang nya video yang ditunjukkan oleh AJK Pusat melalui saluran yang betul, dan hanya terbatas pada ahli-ahli. Bukan di internet, dan disebarkan sewenang-wenangnya. Inikah yang dikatakan kasih pada Silat Cekak nie?

6) Isyarat untuk bertindak
Dakwanya mereka mendapat amanah dari Tuan Haji Ishak Itam dan dakwa mereka lagi, video yang ditayangkan tersebut berat sebelah. Amanah apa yang mereka dapat? Untuk menidakkan penyerahan mandat yang diterima oleh Datuk Hj Maideen? Tahukah kita, Datuk Maideen pernah mengadakan majlis ijazah di kediaman Tuan Haji Ishak bin Itam? Sedangkan tidak ada sepatah kata pun dari beliau untuk menidakkan majlis yang Datuk Maideen jalankan tu. Siap ada majlis Hari Raya bersama lagi. Adakah ini yang dikatakan rampasan kuasa?mereka juga mendakwa Datuk Maideen zalim. Beginikah cara untuk menegakkan kebenaran yang sebenar? sehingga boleh melabelkan seseorang itu zalim?

7)Ada yang masih sangsi?
Petikan kenyataan mereka:
" Sesiapa pun boleh jadi Guru Utama Silat Cekak, tetapi bukan melalui caranya yang pelik dan tidak betul bak rampasan kuasa seperti yang berlaku hari ini".
Cara apa yang pelik? Bukankah Tuan Haji Ishak sendiri memberi amanat dalam video tersebut? dan bukan sahaja AJK Pusat saja yang dapat..bahkan ahli-ahli yang menziarahi beliau juga ada yang telah mendengar dari mulut Tuan Haji Ishak bin Itam. Tidak betul? Tidak betul mengikut acuan sapa? Mereka? Rampasan kuasa? Masa bila?
Agak tok ayah, mata mereka ni kabur..sebab tak nampak dalam video tu kot. Sebenarnya ahli-ahli seluruh negara semua tak sangsi. Yang sangsi cuma mereka saja.

8) YM Tuan Haji Ishak Itam kasih pada ahli-ahli PSSCM.
Kerana kasih pada kita semualah Tuan Haji Ishak bin Itam menamakan pengganti beliau di saat beliau masih hidup. Sepatutnya kita ni menadah tangan bersyukur kerana Allah telah menjadikan segalanya ni mudah..tak macam yang berlaku zaman Ustaz Hanafi dulu.

Cukup setakat ini dulu Tok Ayah lampirkan...
Tunggu lagi di masa akan datang.

Tok Ayah