Warkah dari Tok Ayah
Kehadapan cucunda tok ayah yang di sayangi,
Sejak kebelakangan nie, heboh diperkatakan orang tentang isu Datuk Haji Maideen Kadir Shah merampas takhta YM Tuan Haji Ishak Itam, Presiden dan Guru Utama Seni Silat Cekak Malaysia. Dah lama tok ayah memerhati dari jauh, melihat gelagat orang-orang yang kecewa dgn keputusan tuan haji ishak itam. Persoalannya, betulkah dan benarkah fitnah dan dakwaan yang dilemparkan pada Datuk Haji Maideen? Lalu Tok Ayah berasa terpanggil untuk kehadapan, dalam era media yang mencabar ini, sebab dah sampai masa untuk ahli-ahli persatuan nie dgr cerita yang sebenar. Ramai di kalangan ahli-ahli PSSCM yang mendengar cerita tok ayah pasti kenal peribadi Datuk Haji Maideen yang sebenar, bukan seperti fitnah dan tohmah yang dilemparkan oleh puak-puak yang tak puas hati sebelah sana. Tok ayah yakin,kalau hati kita bersih, pasti allah akan bagi petunjuk supaya kita kenal sapa dia Datuk Haji Maideen Kadir Shah ini. Tahukah kita sumbangan dan pengorbanan Datuk Haji Maideen pada perjuangan ni? Tahukah kita sejauh mana beliau taat dan mengorbankan masa,harta dan tenaga pada persatuan ni?
Bukanlah tok ayah nie org yang penting dalam persatuan, tapi sekadar memberi pandangan peribadi untuk tatapan orang-orang yang ikhlas dalam perjuangan ini. Pada beberapa bulan yang lepas, sejurus selepas perayaan 44 tahun PSSCM di Terengganu, kita telah dikejutkan dengan berita dari Datuk Haji Maideen, tentang penyerahan mandat sebagai guru utama dan presiden PSSCM oleh tuan haji ishak Itam. Tok ayah akui sedikit terkejut bila dapat tahu. Tapi Guru dah didik kita supaya bersangka baik, dan sentiasa berdoa pada Allah supaya diberikan petunjuk dan panduan, untuk membezakan yang mana hak dan yang mana batil.
Tahu ke kita, sebelum kita yang rakyat biasa dalam PSSCM ni tahu berita nie, sebenarnya semua AJK-AJK pusat PSSCM telah menerima berita dari Datuk Haji Maideen bin Kadir Shah ni? Lalu bertolaklah mereka semua, termasuklah Roslizan Ahmad Mahidin ke rumah Tuan Haji Ishak Itam, bagi mendengar sendiri penerangan dari beliau. Selepas daripada itu pulak, diadakan perjumpaan bersama ketua-ketua cawangan negeri bersama Datuk Haji Maideen. Dalam perjumpaan tu, kebanyakkan ketua-ketua negeri dan ahli jawatankuasa pusat hadir(ada beberapa individu yang takde) dan berbaiah dengan Datuk, untuk menerima beliau sebagai penyambung amanah mandat guru utama dan presiden PSSCM. Lepas pada tu pulak, Datuk buat lagi beberapa majlis penerangan dan baiah dengan penyelia-penyelia seluruh negara, sampailah semua pemimpin di dalam silat cekak ni terima beliau sebagai penyambung amanah mandat guru utama dan presiden silat cekak Malaysia. Roslizan tu, dengarnye siap nangis2 lagi baiah dengan Datuk. (ikhlas ke tak tu?)Ada yang siap baiah 2 kali dengan Datuk, siap peluk-peluk lagi. Maknanye, bodoh-bodoh tok ayah nie la, semua AJK pusat dah terima la kan? Tapi..kenapa sekarang timbul pulak isu-isu yang tak senang dengar pulak? Bukan ke kite pernah mendengar pesan YM Tuan Haji Ishak Itam pada kita..” Cakap jangan bohong, janji jangan mungkir, amanah jangan pecah” ? tak yakin ke kita dengan pesan dia nie? Sapa yang berbohong nie? Pesan tok ayah pada kita semua, jangan la kita cepat percaya dengan cakap-cakap orang skarang nie. Kalaupun lah kita rasa tak yakin, pergi la berjumpa dengan Datuk sendiri kalau nak dengar. Tok Ayah sendiri yakin,bila Tuan haji ishak sendiri bagitau yang dia dah serah semua pada Datuk..jangan rugikan masa dan tenaga kita untuk dengar suara-suara sumbang tu. Kenal ke kita, sapa kah orang yang bernama Roslizan ini? Dia asal dari mana? Macam mana sumbangan dia dalam persatuan? Tunggu…..banyak lagi cerita menarik yang akan tok ayah bongkar..
“Akal yang waras, gunakan tanpa was-was”
Yang benar,
Tok Ayah