Pada episod kali ini, ingin tok ayah paparkan sebuah kisah yang terjadi semasa zaman pemerintahan khalifah Abu Bakar Al-sidiq. Tok ayah teringin nak menceritakan pada cucunda sekalian tentang cerita ini, sebab ramai yang dah lupa sejarah Islam, ataupun buat-buat lupa dek hati yang keras, dan mementingkan diri sendiri, hingga yang hak didustakan, dan dusta diangkat-angkat seperti ianya benar, mengikut acuan yang dikehendaki segelintir golongan yang berkepentingan dalam perjuangan yang murni ini. Hari ini jelas, jiwa mereka tandus kerana kepentingan, sehingga sanggup perjuangan diketepikan, pantang larang diendahkan dan adab-adab hilang tenggelam dengan nafsu yang memuncak. Berikutan itu, wujudlah orang seperti ROSLIZAN, yang mengaku dirinya diberi mandat, walhal sejarah hidupnya sendiri telah membuktikkan siapa diri beliau sebenarnya. Sedangkan YM Tuan Haji Ishak Itam sendiri di dustakan hidup2, apatah lagi bilis2 yang ada di cawangan Perak. Tok ayah melihat dengan kaca mata yang ihsan dan simpati pada mereka sebenarnya, kerana sanggup dibiarkan diri ditipu oleh Pendusta Alaf Baru, ROSLIZAN.Tok ayah berasa simpati bukan pasal apa, sebab ROSLIZAN merayu pada Tn Hj Ishak Itam untuk memberi penerangan sendiri pada ahli-ahli di Perak tentang kejadian yang berlaku di PUCHONG tu.(kejadian apa? tunggu..) jadi jelas, ahli-ahli nie ditipu hidup..diorang ingat Roslizan ditindas, tetapi sebenarnya Roslizan la yang menindas mereka. Sebelum kita susuli sejarah murni perjuangan para sahabat Rasulullah S.A.W. yang setia berdamping dengan baginda semasa baginda masih hidup, dan tetap dengan perjuangan semasa baginda telah wafat, eloklah kiranya Tok Ayah menyeru pada semua ahli-ahli PSSCM, umumnya dan khususnya pada ahli-ahli di cawangan Perak yang tetap dibelakang ROSLIZAN, supaya berfikirlah sejenak, dan bermunajat lah pada Allah untuk diberikan taufik dan hidayahnya. Janganlah kita ni jadi seperti lalang ditiup angin, sebaliknya jadilah orang yang berpendirian untuk bangsa,agama dan negara. Bagi ahli-ahli yang perlukan kebenaran, sentiasa lah rujuk pesan-pesanan tok ayah nie untuk mendapatkan buah-buah fikiran yang waras. Tok ayah tidak memaksa cucunda untuk mengikut tok ayah, tapi jadilah diri sendiri, yang sentiasa berusaha untuk mencari kebaikan. Cerita-cerita tok ayah ni hanyalah untuk membuat kita semua berfikir, dan berdoa supaya dibukakan hati kita untuk memilih jalan yang benar.
Pada zaman pemerintahan Abu Bakar Al-siddiq, kerajaan islam sedang berperang sengit untuk menghadapi Kerajaan Rom dan Parsi yang tak surut2 mengganggu ketenteraman wilayah-wilayah yang berada dibawah pemerintahan Islam. Sahabat2 seperti Khalid Al-Walid dan Abu Ubaidah al-jarrah sedang sibuk menghadapi serangan Rom dan Parsi di mana peperangan berlaku jauh dari kota madinah. Dalam pada itu, abu bakar al-siddiq sedang gering teruk. Tumpuan tentera Islam harus diberi perhatian yang utama, untuk menghadapi serangan Rom dan Parsi. Untuk tentera islam memenangi peperangan, fokus dan semangat tentera islam perlulah dijaga supaya tidak terkesan semasa peperangan berlaku. Maka, saydina Abu Bakar Al-Siddiq pun berfikir cara-cara untuk melantik pengganti beliau sebagai khalifah, kerana keadaan kesihatan beliau yang tidak menentu itu. Beliau memikirkan cara yang terbaik untuk memindahkan amanah beliau sebagai khalifah ini kepada penggantinnya dalam keadaan yang aman, damai dan tidak mengganggu semangat dan fokus tentera islam itu. Akhirnya beliau memanggil pemimpin2 kaum muslimin ketika itu, untuk bermusyawarah bagi membincangkan perihal pengganti beliau yang bakal memegang tampuk pemerintahan Islam itu. Dalam mesyuarat itu, Abu Bakar sendiri yang mencadangkan nama Umar al-khattab sebagai pengganti beliau untuk memacu pemerintahan Islam. Pada ketika beliau menunjuk Umar sebagai penggantinya, seluruh pemimpin muslimin ketika itu dengan sebulat suara menerima Umar sebagai pengganti. 3 hari kemudian, Abu Bakar pun kembali ke rahmatullah, dan Umar diangkat menjadi khalifah. Tok ayah ingin menyeru semua ahli PSSCM untuk berfikir sejenak..bukankah Abu Bakar itu seorang khalifah? Bukankah beliau sendiri yang menunjuk Umar sebagai pengganti beliau dalam keadaan beliau masih hidup?
Sejarah Islam telah membuktikan pemindahan amanah khalifah itu berlaku dalam keadaan Abu Bakar masih hidup. Maka siapakah yang berbohong? ROSLIZAN atau Datuk Haji Maideen? Apa kata tuan haji ishak itam?
"saya dah serah semuanya pada maideen.."
tapi apa kata Roslizan?
"Tapi bodoh dan bangang betuilah Datuk Saitu Maideen Kartarisa tu" (2 oct)
“saya dah mufarakah pada 14 sep 2009” (2 oct)
Tok ayah berseru pada semua, untuk pergilah berjumpa dengan sumber yang sahih. Tok ayah sendiri dengar dari mulut Tn Haji Ishak itam, yang dia dah serah pada Datuk Haji Maideen..jangan pening2 dengan dusta puak2 penipu seperti ROSLIZAN nie..buang masa kita jek. byk lagi kisah menarik tentang Roslizan nie yang belum tok ayah bukak...tunggu....
"Akal yang waras, gunakan tanpa was-was"
Yang benar,
Tok ayah