Friday, October 2, 2009

ROSLIZAN...HERO ATAU ZERO?

Cucunda,


" Siapa nak tengok kebesaran tuhan, tgklah saya"


Itu lah kata-kata Roslizan Ahmad Mahidin kepada ahli-ahli PSSCM. Persoalannya,apakah benar kata-kata beliau ini? Mari kita susuli peribadi sebenar..ROSLIZAN ini, supaya kita lebih mengenali peribadi beliau yang sebenar..kali ni tok ayah nak paparkan kisah hidup seorang manusia, yang mendakwa pada dirinya itu benar, dan segala penyerahan kuasa yang berlaku dalam PSSCM hari ini, merupakan rancangan jahat Datuk Haji Maideen untuk merampas takhta YM Tuan Haji Ishak Itam. Benarkah begitu? Tok Ayah yakin, ahli-ahli silat cekak malaysia yang ikhlas dalam berjuang nie, bukannya buta perut dan buta mata, malah mampu berfikir dengan akal yang waras. Allah kurniakan kepada kita akal dan nafsu, untuk ditimbang dengan iman. Pakai akal semata, jadilah kita seperti iblis, sehingga allah diketepikan untuk kepentingan diri...pakai nafsu semata jadilah kita binatang..walhal Almarhum Ustaz Hanafi berpesan, Silat Cekak ini ialah suatu ilmu untuk mendidik kita menjadi insan. Tetapi, mengapa di akhir-akhir ini terdapat golongan yang mencaci pucuk pimpinan, pilihan YM Tuan Haji Ishak Itam sendiri? Mereka mengakui bahawa Tuan Haji Ishak Itam lah guru yang mendidik mereka, dan mereka taat setia kepada beliau. Jika begitu, kenapa mereka tidak dapat menerima keputusan YM Tuan Haji Ishak Itam sendiri? Dimanakah letaknya definisi ketaatan mereka yang sebenarnya? Sebenarnya mereka ni lah golongan pengkhianat dalam perjuangan yang murni ini. Knape tok ayah berani ckp macam nie?

Sebab Rasulullah S.A.W. bersabda:" Golongan munafik itu, apabila mereka berkata, nescaya mereka berdusta, dan apabila mereka berjanji nescaya mereka akan mungkiri.."

Bukankah benar apa yang diperkatakan oleh baginda sendiri? Hari ni kita boleh lihat, bagaimana puak-puak nie terang-terang mendustakan ahli-ahli didalam perjuangan ini. Alahai, kesian sungguh tok ayah tengok. Diorang nie berhempas pulas menyatakan ketaatan kepada almarhum ustaz hanafi dan tuan haji ishak itam. Tetapi, mereka lupa, apa yang mereka cakap, balik pada diri sendiri. Nak tahu buktinya? Tok ayah berasa terpanggil nak bercerita dengan cucunda semua tentang kisah orang yang bernama ROSLIZAN ini. Tahukah kita..sebenarnya ROSLIZAN nie ada sejarah hitam dalam hidup dia berpesatuan nie?
Bukanlah tok ayah nak buka aib orang lain, tetapi eloklah jika kita semua jadikan perkara ni sebagai pengajaran. Sebabnya...biawak..kalau kita hidangkan nasi goreng USA,tetap dia cari bangkai gak. So eloklah kita bagi bangkai gak..supaya dia kenyang. Kalau bagi nasi goreng, bukannye die makan pun. Tahu tak kita, Roslizan ni..banyak kali dia mendustakan Tuan Haji Ishak Itam? Pada beberapa ketika dulu, dia duduk menumpang di rumah tuan haji ishak itam di kuala lumpur. Katanya pada Tuan Haji Ishak itam, dia ada kursus. Yang peliknya, bila malam..mesti dia keluar. Bila tuan haji ishak itam tanya, dia jawab die pergi ke rumah adik dia..ataupun kadang-kadang dia jawab pergi ke rumah sahabat dia. Rupa-rupanya, Roslizan ni pergi ke PUCHONG bertemu seseorang yang dinamakan A_____ M____ . Cerita lanjut akan tok ayah sambung pada episod akan datang. Tunggu ye... Macam mana kes ni boleh terbongkar? sepandai-pandai Roslizan melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga. Tapi Roslizan ni bukan Tupai, dia ni katak..sebab suka dia lompat lagi tinggi dari arnab. Dulu kita slalu dengar ustaz hanafi cerita pasal arnab dan kura-kura. Jangan kita jadi macam arnab..ingat die cepat..tapi akhirnya tertido. Tapi roslizan ni mula-mula je arnab..tapi bila tertido..bangun2 dah jadi katak..akhirnya dia sendiri yang keluar dari PSSCM. Sebab apa? Nak pertahankan Tuan Haji Ishak Itam? yang selalu dia tipu hidup2 tu?

"Janji jangan mungkir, amanah jangan pecah, cakap jangan bohong"-moto langkah ikhtiar syarikat roslizan di kg budu

Sekali lagi tok ayah nak pesan pada cucunda semua..apa yang tok ayah ceritakan disini..perlulah di jadikan iktibar pada kita semua. Jangan kita cepat percaya pada cakap-cakap orang lain. Tok ayah menjemput semua yang ikhlas nak berjuang..ke http://akalyangwaras.blogspot.com/ untuk mengetahui sedikit sebanyak apa yang tok ayah nak kata. Sekian untuk kali nie.


Yang benar,

Tok Ayah


"Akal yang waras, gunakan tanpa was was"