Friday, November 6, 2009
Biar ber-Adab, Bukan Biadap. Biar beradat bukan Khianat
Pesan tok ayah,
" Biar berAdab, bukan Biadap..Biar beradat, bukan khianat"
Dek ilmu yang meninggi langit (alam syahadah kot), mereka lupa akan tanah yang mereka pijak hari demi hari, itulah tempat yang akan kita kembali . Sedangkan guru mendidik kita, semakin hari semakin beradab, tapi mereka semakin hari semakin biadap.
"Biarkanlah si luncai terjun bersama labu-labunya"
-TOK AYAH
Friday, October 30, 2009
Benarkah apa yang didakwa?
1) Amanat yang tergenggam kemas
Mereka mendakwa video yang telah mereka kumpul, merupakan bukti kebenaran kata-kata Tuan Haji Ishak Itam pada tahun 2004 tersebut. Kenapa mereka tidak merujuk kata-kata Tuan Haji Ishak Itam dalam video yang di tontonkan kepada ahli-ahli baru-baru nie? Bukankah Tuan Haji Ishak Itam juga ada dalam rakaman tersebut?
2) Dengar dengan telinga, tengok dengan mata? Lepas tu? Siar dalam blog?kenapa tak disiarkan kata-kata Tuan Haji Ishak Itam yang baru-baru nie?
3)Tayangan video membuktikan kebenaran "aku pengganti".
Memang benar..tayangan video yang disiarkan itu membukti kebenaran. Dakwa mereka yang tidak sedikit pun Tuan Haji Ishak Itam menyebut nama pengganti beliau.Tetapi, kenapa tak disiarkan kata-kata pak ak di bawah nie?
" Apa yang saya faham pada malam nie, dan saya ingin berkongsi dengan kawan-kawan, Guru Utama dan Presiden ialah Datuk Haji Maideen, tapi guru kami tetap Pak Ak".
Apa yang Tuan Haji Ishak jawab?
" Tak boleh macam tu..cakap mmg boleh..tapi hakikatnya tak boleh. Yang ni bukan Hak kita tau.."
4) Tak pernah cakap bohong?
Tok Ayah rasa bab nie tak perlu tok ayah jawab..sebab cucunda semua lebih arif dan mengenali peribadi Datuk Haji Maideen yang sebenar..bagi yang tak kenal, carilah peluang untuk mengenali beliau.
5)Watak sama, plot sama, pelakon baru.
Dakwa mereka dalam blog tersebut:
" Cara mereka sama sahaja, dengan menggunakan video tape, rakaman, surat serahan dan sebagainya."
Apa mereka tu tak sebar video ke? Sekurang-kurang nya video yang ditunjukkan oleh AJK Pusat melalui saluran yang betul, dan hanya terbatas pada ahli-ahli. Bukan di internet, dan disebarkan sewenang-wenangnya. Inikah yang dikatakan kasih pada Silat Cekak nie?
6) Isyarat untuk bertindak
Dakwanya mereka mendapat amanah dari Tuan Haji Ishak Itam dan dakwa mereka lagi, video yang ditayangkan tersebut berat sebelah. Amanah apa yang mereka dapat? Untuk menidakkan penyerahan mandat yang diterima oleh Datuk Hj Maideen? Tahukah kita, Datuk Maideen pernah mengadakan majlis ijazah di kediaman Tuan Haji Ishak bin Itam? Sedangkan tidak ada sepatah kata pun dari beliau untuk menidakkan majlis yang Datuk Maideen jalankan tu. Siap ada majlis Hari Raya bersama lagi. Adakah ini yang dikatakan rampasan kuasa?mereka juga mendakwa Datuk Maideen zalim. Beginikah cara untuk menegakkan kebenaran yang sebenar? sehingga boleh melabelkan seseorang itu zalim?
7)Ada yang masih sangsi?
Petikan kenyataan mereka:
" Sesiapa pun boleh jadi Guru Utama Silat Cekak, tetapi bukan melalui caranya yang pelik dan tidak betul bak rampasan kuasa seperti yang berlaku hari ini".
Cara apa yang pelik? Bukankah Tuan Haji Ishak sendiri memberi amanat dalam video tersebut? dan bukan sahaja AJK Pusat saja yang dapat..bahkan ahli-ahli yang menziarahi beliau juga ada yang telah mendengar dari mulut Tuan Haji Ishak bin Itam. Tidak betul? Tidak betul mengikut acuan sapa? Mereka? Rampasan kuasa? Masa bila?
Agak tok ayah, mata mereka ni kabur..sebab tak nampak dalam video tu kot. Sebenarnya ahli-ahli seluruh negara semua tak sangsi. Yang sangsi cuma mereka saja.
8) YM Tuan Haji Ishak Itam kasih pada ahli-ahli PSSCM.
Kerana kasih pada kita semualah Tuan Haji Ishak bin Itam menamakan pengganti beliau di saat beliau masih hidup. Sepatutnya kita ni menadah tangan bersyukur kerana Allah telah menjadikan segalanya ni mudah..tak macam yang berlaku zaman Ustaz Hanafi dulu.
Cukup setakat ini dulu Tok Ayah lampirkan...
Tunggu lagi di masa akan datang.
Tok Ayah
Tuesday, October 27, 2009
Hati - hati yang kecewa
Wahai tuhan yang memiliki sekelian hati..tetapkan hati ini di jalan perjuangan ini...Agak lama tok ayah tidak menulis untuk tatapan cucunda sekalian. Lantaran keadaan yang tidak menentu kini, tok ayah memilih untuk melihat dahulu apa yang bakal terjadi. Cuma tok ayah heran..Bagaimanakah ketinggian ilmu yang ada pada si polan dan si polan, boleh menjadikan ia semakin jauh dari kebenaran? Sedangkan berpenat lelah guru mendidik kita untuk menjadi INSAN. tapi akhirnya kita menjadi INSANE. Kenapa begitu? Adakah salah guru yang mendidik? Ataupun salah ilmu yang diberikan? Sehinggakan dihalau dengan penyapu pun masih tak sedar? Tok ayah melihat kepada cermin diri (bukan mangkuk ajaib, takut-takut nanti jadi mangkuk hayun), rupa-rupanya terlihat tok ayah akan kelemahan diri sendiri. Benarlah firman Allah dalam surah Al-tin:
"Sesungguhnya kami jadikan manusia dalam sebaik-baik kejadian (4)
Kemudian (jika ia panjang umur sehingga tua atau menyalahgunakan kelengkapan itu) kami kembalikan ia kepada serendah-rendah peringkat orang-orang yang rendah (5)
Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, maka mereka memperolehi ganjaran pahala yang tidak putus-putus (6)"
Rupa-rupanya bukan title yang menentukan kita ni dekat atau jauh dengan tuhan. Hatta ustaz, mejar,komander, atau pun pangkat yang tinggi sekalipun tidak menentukan penghujung jalan ini. Maka datanglah rasa rendah diri dan segan atas kelemahan diri sendiri..benarlah apa yang dipesan oleh guru-guru kita, semakin berisi semakin tunduk. Berdoalah pada Dia yang memiliki hati, agar ditetapkan hati dalam perjuangan ini.
Tok Ayah
Wednesday, October 14, 2009
Tok Moh = ROSLIZAN
Sering kita di bingitkan dengan kehadiran Tok Moh, yang tiba-tiba muncul dalam dunia siber nie. Siapa sebenar Tok Moh nie? Tak perlulah tok ayah nak tenung pada mangkuk ajaib..siapa Tok Moh ni. Sebab mudah sangat nak dikesan. Kenapa? Cuba diperhati betul2..
"Jadi TokMoh tertunggu-tunggu apa yang Tok Ayah nak bongkarkan pasal Si Roslizan yang dah lari keluar mungkin kerana malu"
kenapa Tok Moh nak tunggu lak? Apa hubungan Tok Moh dengan Roslizan nie? Kenapa Roslizan nak malu pulak? sedangkan tok moh sendiri yang cakap..
"Mungkin jugak apa yang Tok Ayah kata tu betul.."
Jawapannya mudah..sebab apa? Tok Moh tu sebenarnya ROSLIZAN. Sudahlah tu Roslizan..janganlah nak dibohong lagi..sudah lah guru sendiri dibohong..ahli-ahli pun nak dibohong..janganlah pura-pura lagi ROSLIZAN. Jangan sembunyi di balik cengkerang Kura-Kura kalau diri dah jadi biawak. Tok ayah tahu tok moh tu Roslizan, orang yang gila talak dengan isteri-isterinya dan PSSCM. Tak perlu tgk mangkuk ajaib pun, cukup sekadar Tok Ayah tenung dari "alam syahadah"...
" Saya dah mufaraqah"
Kata dah mufaraqah..apa nak sibuk2 lagi?
Tok Ayah
Friday, October 9, 2009
ROSLIZAN GIGIT JARI???
Hari nie, tok ayah dikejutkan dengan berita pembubaran PSSCM cawangan Perak..sedih pun ada, tapi tentulah yang paling sedih tu Roslizan. Hingga sahabat-sahabat seperti Halim Saad, dan Budi yang mempertahankan perjuangan ni di tuduh Pengkhianat Bangsa. Siapa sebenar pengkhianat bangsa? Tok ayah tersenyum sendiri bila mendengar tuduhan tu,sebab tok ayah terus terlintas di fikiran, mesti ROSLIZAN tgh gigit jari nie..sebab apa?
Yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran.
Apa-apa pun, tok ayah nak nasihat pada semua ada di Perak tu, sabar2 lah..setiap yang terjadi itu penuh hikmah dari ALLAH.
sekian
Tok ayah
Episod akan datang- Kenali Aminah Mahmud
Episod akan datang- Kenali Aminah Mahmud
Cucunda sekalian,
Pada episod akan datang, tok ayah akan bukak rahsia Roslizan Ahmad Mahidin nie, dengan memperkenalkan dengan cucunda sekalian, siapakah insan yang bernama Aminah Mahmud nie. Kenapa perlu kita kenal siapa aminah mahmud nie? penting sangat ke dia nie pada persatuan kita?
Bukan macam tu..apa yang tok ayah nak, cucunda sekalian amati kisah hidup aminah mahmud nie, untuk dijadikan pedoman, dan sebagai panduan untuk kita agar tak tersalah PILIH ORANG. Kisah aminah mahmud ni wajar dijadikan contoh dalam masyarakat, betapa besarnya peranan munafik dalam kehidupan. Mungkin kita tak sedar, selama Roslizan ni menjadi pemimpin dalam PSSCM, kehidupan yang dibina itu hancur luluh dan segala kesalahan itu diletakkan pada orang2 yang berjasa pada beliau. Sebab hati penuh takut, sehingga maruah dan kebenaran diseleweng untuk kepentingan perut sendiri. Ada jugak golongan yang berhempas pulas hendak membohongi tok ayah. Konon dirinya tak tahu keadaan semasa tetapi hakikatnya beliau menjadi mata-mata bagi roslizan. Baarangkali beliau takut nak kena ayat nie
" Terima kasih kerana mengkhianati abg.."
-Roslizan
"Mengkhianati abg? Roslizan nie ingat dia siapa?"
Tok ayah tersenyum mendengar keluhan seorang ahli yang dahulu rapat dengan beliau itu. Nasehat tok ayah, sabarlah. Munafik mmg begitu.
Sekian,
Tok Ayah
Wednesday, October 7, 2009
Cucunda,
Selalu pada masa dulu, almarhum Ustaz hanafi Hj ahmad mendidik kita tentang resmi padi. Dia pesan pada kita, jadilah kita seperti resmi padi, bukan resmi lalang. Kenapa ustaz hanafi nak cerita pasal padi, tapi bukan lalang? Apa yang istimewa pada padi nie? Apa yang tak kena dgn lalang? Tok ayah pasti, budak2 baru amik sijil rendah silat cekak pun tahu benda nie. Tapi pengamalannya, bagaimana? Brapa ramai yang berjaya mengamalkan resmi padi nie? Dan brapa ramai pulak yang beramal dgn resmi lalang?
Tidakkah kita ni segan dengan orang-orang seperti Pak Su Man,Dr. Majid, Abg John(Pulau Pinang), Pak Long Mat, dan seperti Abg Azmi(Perak)? Mereka ni masuk silat cekak zaman bila? Apa jawatan mereka dalam persatuan? Kenapa mereka masih lagi berjuang dalam Silat Cekak nie? Kalau nak ikutkan keadaan usia, baiklah mereka ni duduk diam-diam kat rumah, banyakkan berehat dan ibadat sebab usia macam mereka nie, da sampai tahap boleh goyang kaki kat rumah, tgk anak cucu buat kerja. Tapi kenapa mereka tidak? Kenapa mudah bagi mereka untuk menerima Datuk Haji Maideen sebagai penyambung amanah guru dan presiden PSSCM? Jawapannya mudah..sebab Tok Ayah dah lama bersama dengan mereka nie, dan tok ayah dapat rasakan keikhlasan mereka ni berjuang, dan bagaimana hubungan mereka ni dengan Tn Hj Ishak Itam.Tok ayah sendiri lihat, cikgu Harun yang mengajar Kitab Hikam ibnu Ataillah di Pulau Pinang baru-baru ni, salam bercium tangan Datuk Haji Maideen lagi. Bukankah cikgu harun tu seorang guru hikam? Inilah resmi padi, yang ustaz hanafi selalu kata tu, semakin berisi semakin tunduk. Semakin mereka berilmu dan pengalaman di dada, semakin mereka merendah diri.Bukan buat-buat rendah diri macam ROSLIZAN.
"Dan apakah kamu (tidak percaya) dan heran bahwa datang kepada kamu peringatan dari Tuhanmu dengan perantaraan seorang laki-laki dari golonganmu agar dia memberi peringatan kepadamu dan mudah-mudahan kamu bertakwa dan supaya kamu mendapat rahmat?"
(surah al-a'raf ayat 63)
Kalau dilihat pada resmi lalang pula, kenapa lalang ni mudah wujud di mana2? Asal ada tempat terbuang je,mesti mudah nak tumbuh lalang.knapa? Knapa boleh muncul orang macam Roslizan? Apa yang buat orang-orang macam ni menentang perlantikan Datuk Haji Maideen sebagai penyambung amanah, sedangkan ianya keputusan Tn Hj Ishak Itam? Bagi tok ayah, mudah je..sebab hati dah sakit, sebab selama ni mereka berjuang bukan pasal ikhlas, tapi masing-masing ada kepentingan. Sebab tu dapat resmi lalang, dimana angin bertiup, di situ mereka berpaling.
Tak payahla nak cari siapa Tok Ayah nie. Saat roslizan baru nak aktif, tok ayah dah lama ada dalam silat cekak nie. Sebab tok ayah takda di alam dunia. Tok ayah hidup di alam ghaib. Hanya orang-orang yang bersih dan hidup di alam ghaib ja boleh jmpa siapa tok ayah nie. DUDUK LAMA SIKIT. Sedarlah cucunda semua, dan selalu lah berfikir, tentang apa yang Allah jadikan, pasti ada hikmah tersembunyi. Tak malu ke kita pada orang-orang lama berjuang dalam PSSCM nie? Pesan Nabil Raja Lawak- haa…lu pikir la sendiri!
“Akal yang waras, gunakan tanpa was-was”
Sekian,
Tok Ayah
Monday, October 5, 2009
Roslizan = Munafik
Cucunda,
ni la bukti ROSLIZAN ni orang munafik
2 Oktober
12.45pm
Salam Saudara....Kenapa tak hantar email pd saya terus....
Kenapa tak nyatakan siapa saudara....
Beginikah Pengamal Cekak yang BERANI ???? Hanya berani bercakap di belakang (atau memang Datuk saitu Maideen Kartarisa (DSMK) ajar macam tu)..(Apa kena mengena dengan Datuk?)
Saya dah keluar dari PSSCM, apa nak sibuk lagi..Takkan lah takut pd orang yg berada di luar PSSCM????? Apa yang boleh saya buat..saya tak tahu, bodoh dan tak reti buat apa2.....
Lagi pulak saya ni kan askar dah tua dan pencen pulak...
Ikutlah DSMK, jika saudara beranggapan beliau benar, saya tak kisah pun...(Betul ke?)
Nak hina saya pun tak apa, Tahun 2003 pun saya dah biasa dihina oleh seluruh ahli PSSCM, Tahun 1998/99 pun saya dah biasa dituduh penyebar ajaran sesat oleh TLDM...
(kes salah guna kuasa Roslizan dalam TLDM pada ahli2 silat cekak- nnt tok ayah cerita..sabar2..)
Buatlah apa sahaja..Nak masukkan saya dalam lokap pun tak pe...
(cerita salah laku dengan A____ M_____ tak cerita ke?)
Biarlah manusia nak kata apa pada saya..saya tak hairan....
Cukuplah "Allah terima saya sebagai Hambanya dan Nabi Muhammad SAW terima saya sebagai Umat, Guru Yang Mursyid Lagi Sidiq terima saya sebagai Muridnya dan Kedua Ibubapa saya terima saya sebgai anaknya....
Yang lain saya tak kisah... Amin....
Dia kata dia dah keluar PSSCM....10 minit lepas tu...
2 Oktober
12.55 pm
Salam....saya rasa saudara tak payahlah bersusah payah nak cerita seterusnya siapa saya dan segala keburukkan saya..tanya sahaja Sdr Budi ke, Halim Saad atau kalau nak tau lebih, tanya DSMK sendiri kerana dia penyelia saya di UTM Jalan Gurney dan bawa masuk saya sebagai AJK Pusat tahun 2005, mereka boleh cerita segala kelemahan, kebodohan dan keburukkan saya..dan kalau saudara nak tahupun saya boleh cerita sendiri, sejak saya lahir dan masuk silat cekak tahun 1984/85, hinggalah saya mufarakah pada 14 sep 2009. Alhamdu lillah...amin....saya menanti jawapan saudara sekiranya saudara org yang berani kerana benar dan bukan munafik yang membaling batu sembunyi tangan....
Dan dia cakap..dia dah mufarakah dari PSSCM pada 14/9/2009
tapi..hakikatnya pada 18/9/09 ,4:48:08 AM Roslizan tulis plak email pada semua ahli2 PSSCM…
"Selamat Hari Raya Dinda...
Salam. Hasil keputusan Mesy AJK Pusat Khas pd 14 Sep 2009, DatukMaideen akan diistiharkan sebagai Guru Utama pada MAPLB 31 Okt 2009 yg akan datang. Jadi terang2...Tuan Haji Ishak Itam telah dibuang dan diketepikan. Walaupun Datuk pernah berjanji untuk ...tidak akan menjadi
Guru Utama selagi mana Tn Hj Ishak masih ada. Abg terpaksa keluar dari PSSCM dan AJK Pusat. Tak sanggup bersekongkol...Apa nak jadi...Dah abis ke orang Melayu nak menjadi ketua...Siapakah Guru dinda sebenarnya sekarang???"
Kalau dah keluar, kenapa ROSLIZAN nie hantar email pada orang lain pulak? Sapa ganggu sapa? Tok ayah tak terkejut pun dgn berita nie sebenarnya..sebab tau dah. Terbukti, mmg ROSLIZAN ni munafik.
Sekian,
Tok Ayah
Sunday, October 4, 2009
Surah Al-Tin
2)Dan demi bukit Sinai;
3) Dan demi Kota(Mekah) yang aman ini;
4)Sesungguhnya kami telah jadikan manusia dalam sebaik-baik bentuk;
5)Kemudian Kami kembalikan mereka ke tempat yang serendah-rendahnya(neraka);
6)Kecuali orang-orang beriman dan beramal soleh, bagi mereka pahala (ganjaran)yang tidak putus-putus;
7)Maka apakah yang menyebabkan kamu mendustakan (hari) pembalasan sesudah (adanya keterangan-keterangan) itu?
8) Bukankah Allah hakim yang seadil-adilnya?
Berpindahnya suatu amanah
Pada episod kali ini, ingin tok ayah paparkan sebuah kisah yang terjadi semasa zaman pemerintahan khalifah Abu Bakar Al-sidiq. Tok ayah teringin nak menceritakan pada cucunda sekalian tentang cerita ini, sebab ramai yang dah lupa sejarah Islam, ataupun buat-buat lupa dek hati yang keras, dan mementingkan diri sendiri, hingga yang hak didustakan, dan dusta diangkat-angkat seperti ianya benar, mengikut acuan yang dikehendaki segelintir golongan yang berkepentingan dalam perjuangan yang murni ini. Hari ini jelas, jiwa mereka tandus kerana kepentingan, sehingga sanggup perjuangan diketepikan, pantang larang diendahkan dan adab-adab hilang tenggelam dengan nafsu yang memuncak. Berikutan itu, wujudlah orang seperti ROSLIZAN, yang mengaku dirinya diberi mandat, walhal sejarah hidupnya sendiri telah membuktikkan siapa diri beliau sebenarnya. Sedangkan YM Tuan Haji Ishak Itam sendiri di dustakan hidup2, apatah lagi bilis2 yang ada di cawangan Perak. Tok ayah melihat dengan kaca mata yang ihsan dan simpati pada mereka sebenarnya, kerana sanggup dibiarkan diri ditipu oleh Pendusta Alaf Baru, ROSLIZAN.Tok ayah berasa simpati bukan pasal apa, sebab ROSLIZAN merayu pada Tn Hj Ishak Itam untuk memberi penerangan sendiri pada ahli-ahli di Perak tentang kejadian yang berlaku di PUCHONG tu.(kejadian apa? tunggu..) jadi jelas, ahli-ahli nie ditipu hidup..diorang ingat Roslizan ditindas, tetapi sebenarnya Roslizan la yang menindas mereka. Sebelum kita susuli sejarah murni perjuangan para sahabat Rasulullah S.A.W. yang setia berdamping dengan baginda semasa baginda masih hidup, dan tetap dengan perjuangan semasa baginda telah wafat, eloklah kiranya Tok Ayah menyeru pada semua ahli-ahli PSSCM, umumnya dan khususnya pada ahli-ahli di cawangan Perak yang tetap dibelakang ROSLIZAN, supaya berfikirlah sejenak, dan bermunajat lah pada Allah untuk diberikan taufik dan hidayahnya. Janganlah kita ni jadi seperti lalang ditiup angin, sebaliknya jadilah orang yang berpendirian untuk bangsa,agama dan negara. Bagi ahli-ahli yang perlukan kebenaran, sentiasa lah rujuk pesan-pesanan tok ayah nie untuk mendapatkan buah-buah fikiran yang waras. Tok ayah tidak memaksa cucunda untuk mengikut tok ayah, tapi jadilah diri sendiri, yang sentiasa berusaha untuk mencari kebaikan. Cerita-cerita tok ayah ni hanyalah untuk membuat kita semua berfikir, dan berdoa supaya dibukakan hati kita untuk memilih jalan yang benar.
Pada zaman pemerintahan Abu Bakar Al-siddiq, kerajaan islam sedang berperang sengit untuk menghadapi Kerajaan Rom dan Parsi yang tak surut2 mengganggu ketenteraman wilayah-wilayah yang berada dibawah pemerintahan Islam. Sahabat2 seperti Khalid Al-Walid dan Abu Ubaidah al-jarrah sedang sibuk menghadapi serangan Rom dan Parsi di mana peperangan berlaku jauh dari kota madinah. Dalam pada itu, abu bakar al-siddiq sedang gering teruk. Tumpuan tentera Islam harus diberi perhatian yang utama, untuk menghadapi serangan Rom dan Parsi. Untuk tentera islam memenangi peperangan, fokus dan semangat tentera islam perlulah dijaga supaya tidak terkesan semasa peperangan berlaku. Maka, saydina Abu Bakar Al-Siddiq pun berfikir cara-cara untuk melantik pengganti beliau sebagai khalifah, kerana keadaan kesihatan beliau yang tidak menentu itu. Beliau memikirkan cara yang terbaik untuk memindahkan amanah beliau sebagai khalifah ini kepada penggantinnya dalam keadaan yang aman, damai dan tidak mengganggu semangat dan fokus tentera islam itu. Akhirnya beliau memanggil pemimpin2 kaum muslimin ketika itu, untuk bermusyawarah bagi membincangkan perihal pengganti beliau yang bakal memegang tampuk pemerintahan Islam itu. Dalam mesyuarat itu, Abu Bakar sendiri yang mencadangkan nama Umar al-khattab sebagai pengganti beliau untuk memacu pemerintahan Islam. Pada ketika beliau menunjuk Umar sebagai penggantinya, seluruh pemimpin muslimin ketika itu dengan sebulat suara menerima Umar sebagai pengganti. 3 hari kemudian, Abu Bakar pun kembali ke rahmatullah, dan Umar diangkat menjadi khalifah. Tok ayah ingin menyeru semua ahli PSSCM untuk berfikir sejenak..bukankah Abu Bakar itu seorang khalifah? Bukankah beliau sendiri yang menunjuk Umar sebagai pengganti beliau dalam keadaan beliau masih hidup?
Sejarah Islam telah membuktikan pemindahan amanah khalifah itu berlaku dalam keadaan Abu Bakar masih hidup. Maka siapakah yang berbohong? ROSLIZAN atau Datuk Haji Maideen? Apa kata tuan haji ishak itam?
"saya dah serah semuanya pada maideen.."
tapi apa kata Roslizan?
"Tapi bodoh dan bangang betuilah Datuk Saitu Maideen Kartarisa tu" (2 oct)
“saya dah mufarakah pada 14 sep 2009” (2 oct)
Tok ayah berseru pada semua, untuk pergilah berjumpa dengan sumber yang sahih. Tok ayah sendiri dengar dari mulut Tn Haji Ishak itam, yang dia dah serah pada Datuk Haji Maideen..jangan pening2 dengan dusta puak2 penipu seperti ROSLIZAN nie..buang masa kita jek. byk lagi kisah menarik tentang Roslizan nie yang belum tok ayah bukak...tunggu....
"Akal yang waras, gunakan tanpa was-was"
Yang benar,
Tok ayah
Friday, October 2, 2009
ROSLIZAN...HERO ATAU ZERO?
" Siapa nak tengok kebesaran tuhan, tgklah saya"
Itu lah kata-kata Roslizan Ahmad Mahidin kepada ahli-ahli PSSCM. Persoalannya,apakah benar kata-kata beliau ini? Mari kita susuli peribadi sebenar..ROSLIZAN ini, supaya kita lebih mengenali peribadi beliau yang sebenar..kali ni tok ayah nak paparkan kisah hidup seorang manusia, yang mendakwa pada dirinya itu benar, dan segala penyerahan kuasa yang berlaku dalam PSSCM hari ini, merupakan rancangan jahat Datuk Haji Maideen untuk merampas takhta YM Tuan Haji Ishak Itam. Benarkah begitu? Tok Ayah yakin, ahli-ahli silat cekak malaysia yang ikhlas dalam berjuang nie, bukannya buta perut dan buta mata, malah mampu berfikir dengan akal yang waras. Allah kurniakan kepada kita akal dan nafsu, untuk ditimbang dengan iman. Pakai akal semata, jadilah kita seperti iblis, sehingga allah diketepikan untuk kepentingan diri...pakai nafsu semata jadilah kita binatang..walhal Almarhum Ustaz Hanafi berpesan, Silat Cekak ini ialah suatu ilmu untuk mendidik kita menjadi insan. Tetapi, mengapa di akhir-akhir ini terdapat golongan yang mencaci pucuk pimpinan, pilihan YM Tuan Haji Ishak Itam sendiri? Mereka mengakui bahawa Tuan Haji Ishak Itam lah guru yang mendidik mereka, dan mereka taat setia kepada beliau. Jika begitu, kenapa mereka tidak dapat menerima keputusan YM Tuan Haji Ishak Itam sendiri? Dimanakah letaknya definisi ketaatan mereka yang sebenarnya? Sebenarnya mereka ni lah golongan pengkhianat dalam perjuangan yang murni ini. Knape tok ayah berani ckp macam nie?
Sebab Rasulullah S.A.W. bersabda:" Golongan munafik itu, apabila mereka berkata, nescaya mereka berdusta, dan apabila mereka berjanji nescaya mereka akan mungkiri.."
Bukankah benar apa yang diperkatakan oleh baginda sendiri? Hari ni kita boleh lihat, bagaimana puak-puak nie terang-terang mendustakan ahli-ahli didalam perjuangan ini. Alahai, kesian sungguh tok ayah tengok. Diorang nie berhempas pulas menyatakan ketaatan kepada almarhum ustaz hanafi dan tuan haji ishak itam. Tetapi, mereka lupa, apa yang mereka cakap, balik pada diri sendiri. Nak tahu buktinya? Tok ayah berasa terpanggil nak bercerita dengan cucunda semua tentang kisah orang yang bernama ROSLIZAN ini. Tahukah kita..sebenarnya ROSLIZAN nie ada sejarah hitam dalam hidup dia berpesatuan nie?
Bukanlah tok ayah nak buka aib orang lain, tetapi eloklah jika kita semua jadikan perkara ni sebagai pengajaran. Sebabnya...biawak..kalau kita hidangkan nasi goreng USA,tetap dia cari bangkai gak. So eloklah kita bagi bangkai gak..supaya dia kenyang. Kalau bagi nasi goreng, bukannye die makan pun. Tahu tak kita, Roslizan ni..banyak kali dia mendustakan Tuan Haji Ishak Itam? Pada beberapa ketika dulu, dia duduk menumpang di rumah tuan haji ishak itam di kuala lumpur. Katanya pada Tuan Haji Ishak itam, dia ada kursus. Yang peliknya, bila malam..mesti dia keluar. Bila tuan haji ishak itam tanya, dia jawab die pergi ke rumah adik dia..ataupun kadang-kadang dia jawab pergi ke rumah sahabat dia. Rupa-rupanya, Roslizan ni pergi ke PUCHONG bertemu seseorang yang dinamakan A_____ M____ . Cerita lanjut akan tok ayah sambung pada episod akan datang. Tunggu ye... Macam mana kes ni boleh terbongkar? sepandai-pandai Roslizan melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga. Tapi Roslizan ni bukan Tupai, dia ni katak..sebab suka dia lompat lagi tinggi dari arnab. Dulu kita slalu dengar ustaz hanafi cerita pasal arnab dan kura-kura. Jangan kita jadi macam arnab..ingat die cepat..tapi akhirnya tertido. Tapi roslizan ni mula-mula je arnab..tapi bila tertido..bangun2 dah jadi katak..akhirnya dia sendiri yang keluar dari PSSCM. Sebab apa? Nak pertahankan Tuan Haji Ishak Itam? yang selalu dia tipu hidup2 tu?
"Janji jangan mungkir, amanah jangan pecah, cakap jangan bohong"-moto langkah ikhtiar syarikat roslizan di kg budu
Sekali lagi tok ayah nak pesan pada cucunda semua..apa yang tok ayah ceritakan disini..perlulah di jadikan iktibar pada kita semua. Jangan kita cepat percaya pada cakap-cakap orang lain. Tok ayah menjemput semua yang ikhlas nak berjuang..ke http://akalyangwaras.blogspot.com/ untuk mengetahui sedikit sebanyak apa yang tok ayah nak kata. Sekian untuk kali nie.
Yang benar,
Tok Ayah
"Akal yang waras, gunakan tanpa was was"
Thursday, October 1, 2009
Warkah dari Tok Ayah
Warkah dari Tok Ayah
Kehadapan cucunda tok ayah yang di sayangi,
Sejak kebelakangan nie, heboh diperkatakan orang tentang isu Datuk Haji Maideen Kadir Shah merampas takhta YM Tuan Haji Ishak Itam, Presiden dan Guru Utama Seni Silat Cekak Malaysia. Dah lama tok ayah memerhati dari jauh, melihat gelagat orang-orang yang kecewa dgn keputusan tuan haji ishak itam. Persoalannya, betulkah dan benarkah fitnah dan dakwaan yang dilemparkan pada Datuk Haji Maideen? Lalu Tok Ayah berasa terpanggil untuk kehadapan, dalam era media yang mencabar ini, sebab dah sampai masa untuk ahli-ahli persatuan nie dgr cerita yang sebenar. Ramai di kalangan ahli-ahli PSSCM yang mendengar cerita tok ayah pasti kenal peribadi Datuk Haji Maideen yang sebenar, bukan seperti fitnah dan tohmah yang dilemparkan oleh puak-puak yang tak puas hati sebelah sana. Tok ayah yakin,kalau hati kita bersih, pasti allah akan bagi petunjuk supaya kita kenal sapa dia Datuk Haji Maideen Kadir Shah ini. Tahukah kita sumbangan dan pengorbanan Datuk Haji Maideen pada perjuangan ni? Tahukah kita sejauh mana beliau taat dan mengorbankan masa,harta dan tenaga pada persatuan ni?
Bukanlah tok ayah nie org yang penting dalam persatuan, tapi sekadar memberi pandangan peribadi untuk tatapan orang-orang yang ikhlas dalam perjuangan ini. Pada beberapa bulan yang lepas, sejurus selepas perayaan 44 tahun PSSCM di Terengganu, kita telah dikejutkan dengan berita dari Datuk Haji Maideen, tentang penyerahan mandat sebagai guru utama dan presiden PSSCM oleh tuan haji ishak Itam. Tok ayah akui sedikit terkejut bila dapat tahu. Tapi Guru dah didik kita supaya bersangka baik, dan sentiasa berdoa pada Allah supaya diberikan petunjuk dan panduan, untuk membezakan yang mana hak dan yang mana batil.
Tahu ke kita, sebelum kita yang rakyat biasa dalam PSSCM ni tahu berita nie, sebenarnya semua AJK-AJK pusat PSSCM telah menerima berita dari Datuk Haji Maideen bin Kadir Shah ni? Lalu bertolaklah mereka semua, termasuklah Roslizan Ahmad Mahidin ke rumah Tuan Haji Ishak Itam, bagi mendengar sendiri penerangan dari beliau. Selepas daripada itu pulak, diadakan perjumpaan bersama ketua-ketua cawangan negeri bersama Datuk Haji Maideen. Dalam perjumpaan tu, kebanyakkan ketua-ketua negeri dan ahli jawatankuasa pusat hadir(ada beberapa individu yang takde) dan berbaiah dengan Datuk, untuk menerima beliau sebagai penyambung amanah mandat guru utama dan presiden PSSCM. Lepas pada tu pulak, Datuk buat lagi beberapa majlis penerangan dan baiah dengan penyelia-penyelia seluruh negara, sampailah semua pemimpin di dalam silat cekak ni terima beliau sebagai penyambung amanah mandat guru utama dan presiden silat cekak Malaysia. Roslizan tu, dengarnye siap nangis2 lagi baiah dengan Datuk. (ikhlas ke tak tu?)Ada yang siap baiah 2 kali dengan Datuk, siap peluk-peluk lagi. Maknanye, bodoh-bodoh tok ayah nie la, semua AJK pusat dah terima la kan? Tapi..kenapa sekarang timbul pulak isu-isu yang tak senang dengar pulak? Bukan ke kite pernah mendengar pesan YM Tuan Haji Ishak Itam pada kita..” Cakap jangan bohong, janji jangan mungkir, amanah jangan pecah” ? tak yakin ke kita dengan pesan dia nie? Sapa yang berbohong nie? Pesan tok ayah pada kita semua, jangan la kita cepat percaya dengan cakap-cakap orang skarang nie. Kalaupun lah kita rasa tak yakin, pergi la berjumpa dengan Datuk sendiri kalau nak dengar. Tok Ayah sendiri yakin,bila Tuan haji ishak sendiri bagitau yang dia dah serah semua pada Datuk..jangan rugikan masa dan tenaga kita untuk dengar suara-suara sumbang tu. Kenal ke kita, sapa kah orang yang bernama Roslizan ini? Dia asal dari mana? Macam mana sumbangan dia dalam persatuan? Tunggu…..banyak lagi cerita menarik yang akan tok ayah bongkar..
“Akal yang waras, gunakan tanpa was-was”
Yang benar,
Tok Ayah